KETINGGIAN HIMMAH IMAM ABDUL ‘AALI IBN IMAM AHMAD IBN IDRIS TERHADAP ILMU
Syeikh Soleh al Ja'fari berkata: Telah mengkhabarkan kepada saya ayahanda saya, al Haj Muhammad Soleh al Ja’fari bahawa beliau bersama nenda saya Syeikh Soleh Muhammad al Ja’fari yang bertarekat Idrisiah selalu menziarahi Imam Abdul ‘Aali di rumahnya. Beliau menyatakan,
“Setiap kali menziarahinya, kami pasti mendapati beliau sedang duduk bersama kitab-kitab yang banyak di sekelilingnya. Beliau akan mengangkat sebuah kitab dan meletakkan kitab yang lain, begitulah seterusnya.”

Tidak ada komentar:
Posting Komentar